Cip Mana Lebih Berkuasa – Perbandingan MediaTek Dimensity 9400, Apple A18 Pro Dan Snapdragon 8 Gen 3
Amy Maizuraa
Mediatek telah melancarkan cip pemprosesan mercu baharu Dimensity 9400. Ia menggantikan Dimensity 9300 sebagai cip paling berkuasa ditawarkan Mediatek untuk digunakan pada peranti Android. Apple juga tidak ketinggalan hadir daripada menawarkan A18 Pro yang digunakan pada barisan iPhone 16 terkini. Cip pemprosesan ini dibina menggunakan teknologi 3nm TSMC dengan masing-masing mempunyai kelebihan ketara berbeza mengikut keperluan pengguna.

Baru-baru ini timbulnya perdebatan diantara ramai pihak apabila cip baharu Mediatek ini dikatakan mampu mengatasi prestasi pada kedua-dua cip baharu Apple. Hal itu tentunya telah menarik perhatian kami untuk melihat sendiri perbandingan prestasi di antara cip pemprosesan tersebut.
Geekbench 6
- MediaTek Dimensity 9400 – 2663 / 8959
- Apple A18 Pro – 3359 / 8129
- Apple A18 – 3143 / 7659
- Apple A17 Pro – 2793/6925
- Tensor G4 – 1916/4644
- Snapdragon 8 Gen 3 – 2329/7526
- MediaTek Dimensity 9300 – 2071/5032
Geekbench AI
- MediaTek Dimensity 9400 – N/A
- Apple A18 Pro – 4516 / 7744 / 6204
- Apple A18 – 3975 / 32159 / 5507
- Apple A17 Pro – 3705 / 6515 / 5696
- Tensor G4 – 2058 / 2017 / 3129
- Snapdragon 8 Gen 3 – 1704 / 1829/ 2773
- MediaTek Dimensity 9300 – N/A
AnTuTu 3D
- MediaTek Dimensity 9400 – 2,629,017
- Apple A18 Pro – 1,720,751
- Apple A18 – 1,537,278
- Apple A17 Pro – 1,542,050
- Tensor G4 – 1,016,712
- Snapdragon 8 Gen 3 – 2,200,000
- MediaTek Dimensity 9300 – 1,852,552
3DMark Wildlife Extreme
- MediaTek Dimensity 9400 – 6251
- Apple A18 Pro – 4560
- Apple A18 – 3698
- Apple A17 Pro – 3746
- Tensor G4 – 2567
- Snapdragon 8 Gen 3 – 4717
- MediaTek Dimensity 9300 – 4067
Kesimpulan
Hasil ujian penanda aras cip pemproses menunjukkan kecenderungan persaingan sengit dengan masing-masing memiliki kekuatan dan kelemahan tersendiri. Melihat pada ujian penanda aras pertama iaitu Geekbench 6, Apple A18 Pro mendahului dengan kutipan markah sebanyak 3359/8129, kemudian diikuti dengan A18 (3143/7659) dan MediaTek Dimensity 9400 (2663 / 8959). Meskipun begitu Dimensity 9400 mempunyai markah tertinggi untuk ujian multi-teras berbanding cip A18 Pro dan A18.
Sekali lagi Apple A18 Pro mendahului dalam ujian penanda aras Geekbench AI dengan markah terkumpul sebanyak 4516/7744/6204 sementara itu Apple A18 pula sebanyak 3975/32159/5507. Sebenarnya terdapat kekangan dari aspek pengujian pada peranti Mediatek yang juga berpunca daripada ketidakbolehan memuat-turun aplikasi khusus.

Bagaimanapun pada ujian AnTuTu 3D dan 3DMark Wildlife Extreme, Mediatek dilihat mendahului kedua-dua cip baharu Apple dengan beberapa kutipan markah yang banyak. Dapat disimpulkan bahawa cip Mediatek Dimensity 9400, Apple A18 Pro dan Apple A18 mempunyai kekuatan dan kelemahan masing-masing. Selain itu kedua-duanya mampu sahaja memenuhi segmen pasaran yang berbeza untuk memenuhi permintaan pengguna moden.

Tumpuan kini akan diberikan pula kepada Snapdragon 8 Gen 4 yang akan dilancarkan tidak lama lagi. Ia kelak dipasarkan sebagai cip kelas mercu yang sudah tentunya diberi peningkatan menarik lantas mampu menjadi terbaik di antara terbaik.