Ciri AI Eraser Dan Face-to-Face Translation Mula Ditawarkan Untuk Pengguna Honor Magic6 Pro
Amy Maizuraa
Honor Magic6 Pro kini mempunyai ciri kecerdasan buatan (AI) baharu yang dibangunkan dengan kerjasama Google Cloud. Antaranya termasuklah ciri AI Eraser dan Face to Face Translation yang pada awalnya diperkenalkan pada telefon boleh lipat Magic V3. Kemaskini telah mula diberikan secara berperingkat dan pengguna perlu memastikan peranti menjalankan perisian terkini.

AI Eraser berfungsi sebagai ciri yang boleh mengalih keluar objek yang tidak diingini dalam gambar. Sama ada seseorang di latar belakang mahupun halangan lain, ia boleh dialih keluar dengan mudah menggunakan ciri ini. Sementara itu, AI Face to Face Translation pula memudahkan cara pengguna berinteraksi dan berkomunikasi dengan orang lain khususnya melibatkan bahasa berbeza. Terjemahan dibuat secara masa nyata dengan sehingga 10 bahasa berbeza disokong termasuk Bahasa Malaysia.
Sekadar makluman, Honor Magic6 Pro sedia boleh dibeli Malaysia dengan harga jualan RM3999 (12/512GB).