Carian
Honor X5b Dan X5b Plus Dilancarkan Dengan Cip Helio G36
October 16, 2024 Amy Maizuraa

Honor dilihat meluaskan rangkaian produknya dengan dua telefon pintar kelas asas baharu iaitu X5b dan X5b Plus. Melihat secara menyeluruh telefon pintar baharu ini berkongsi sebahagian besar perkakasan dalaman yang sama. Adapun perbezaan hanyalah pada penawaran memori, storan dan kamera utama.

Honor X5b dan X5b plus menggunakan skrin LCD 6.56″ HD+ dengan kadar segar semula 90Hz. Selain itu dijana dengan cip Mediatek Helio G36, bateri sebesar 5200mAh dan perisian MagicOS 8.0 (berasaskan Android 14). Di samping itu, telefon dalam siri ini juga dilengkapi memori 4GB/128GB untuk X5b dan 4/128GB pula untuk X5b Plus.

Bahagian belakang telefon terdapatnya sistem kamera 50MP + 0.8MP untuk model X5b Plus. Sementara itu Honor X5b pula menawarkan kamera utama 13MP + 0.8MP. Kamera swafoto sebesar 5MP turut melengkapi kedua-dua telefon ini. Pilihan warna dilihat terhad yang terdiri dengan Flowing Blue dan Flowing Black.

Komen