Asus Membuka Program Menguji Android 15 Pada ROG Phone 8
October 16, 2024
Asus
Aman
Asus kini membuka program untuk menguji Android 15 Preview untuk para pengguna ROG Phone 8. Dengan langkah ini, para pengguna peranti ROG Phone 8 boleh menguji terlebih dahulu sistem operasi akan datang Android berkenaan.
Walaubagaimanapun, ia ditekankan yang mana mungkin terdapat beberapa pepijat dan masalah pada sistem operasi berkenaan yang belum dikenal-pasti lagi buat masa ini.

Sekiranya anda berminat, boleh menyemak forum rasmi Asus, dan mendaftar untuk menggunakan Android 15 Preview pada ROG Phone 8.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.