Apple Intelligence walaupun masih dalam ujian beta, banyak penggunaan dilihat lebih menarik dan unik berbanding Galaxy AI pada peranti Samsung atau Gemini pada peranti Google. Antara yang paling saya suka adalah Siri yang boleh mengubah tetapan sistem peranti dengan lebih pantas. Terbaru, Samsung dilaporkan berminat untuk menggantikan aplikasi Settings dengan AI.
Dalam laporan ETNews, Samsung dikatakan percaya yang AI adalah pembantu yang cukup baik untuk mengawal peranti pengguna. Ia adalah idea Samsung untuk sebuah peranti yang dikuasakan AI sepenuhnya. Sistem AI ini boleh membantu menguruskan memori dan mengendalikan prestasi cip, menguruskan notifikasi, mengubah kecerahan skrin atau juga melakukan kustomasi skrin utama.
Buat masa ini Samsung dilaporkan lebih memfokuskan kepada ciri AI untuk tetapan kamera dan papan kekunci. Ia mungkin boleh memahami kehendak pengguna dan tetapan kamera atau gaya penulisan pada aplikasi papan kekunci boleh mempunyai personaliti pengguna tersendiri. Ciri ini masih di peringkar awal pembangunan dan ia mungkin akan tiba dalam One UI 7 berasaskan Android 15.