Proton X70 2025 Kini Menambah Sokongan Untuk Apple CarPlay
Aman
Apple CarPlay adalah sokongan antaramuka oleh Apple untuk sistem inforia pada kenderaan, membolehkan para pengguna peranti Apple menghubungkan ia ke skrin dalam kenderaan, dan seterusnya mengakses sejumlah perkara, termasuk untuk panggilan suara, Apple Music, Apple Podcasts dan sebagainya dengan mudah.

Terbaru, Proton mengumumkan pengenalan Apple CarPlay untuk para pengguna kenderaan terbaru mereka, Proton X70 2025. Pengguna yang menggunakan kenderaan tersebut hanya perlu melakukan kemaskini perisian untuk sistem inforia, dan seterusnya menikmati ciri baharu ini.
Sebaik sahaja selepas kemaskini, pengguna boleh menghubungkan iPhone ke kenderaan melalui sokongan USB atau menggunakan Bluetooth. Bagi anda yang menggunakan Proton X70 2025, boleh memulakan proses kemaskini ini hari ini.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.