Fungsi Block Di X Tidak Lagi Menghalang Ciapan Dibaca
Effi Saharudin
Seperti dijanjikan oleh X sejak Mei lalu, ciri Block yang menghalang akaun tertentu daripada membaca ciapan anda kini telah diubah. Akaun yang dihalang oleh pengguna kini boleh membaca ciapan cuma mereka tidak lagi boleh berinteraksi dengan ciapan yang dihantar.

Menurut X ini ialah bagi membolehkan pemilik akaun melakukan laporan kepada sekiranya kandungan komen yang ditinggalkan melanggar polisi laman. Tindakan kemudian boleh diambil sekiranya komen yang ditinggalkan adalah melampau. Jika anda ingin menghalang ciapan dibaca oleh insan yang telah dihalang, satu-satunya caranya ialah dengan mengunci akaun menjadi peribadi selepas ini.

Beberapa bulan lalu Elon Musk berkata beliau kurang gemar dengan ciri Block dan berkata akan menghapuskannya. Langkah yang diambil hari ini ialah jalan tengah yang masih membenarkan ciri ini digunakan tetapi ikhlas kami katakan ini ialah satu lagi ciri yang diberikan tanpa ia diminta oleh pengguna.
Perubahan yang dilakukan juga melanggar terma dan syarat yang diletakkan oleh Play Store dan App Store yang mewajibkan aplikasi media sosial memberikan ciri menghalang akaun dibaca pengguna tertentu bagi mengelakkan masalah penguntit di atas talian.