Apple Sebelum Ini Bekerjasama Dengan BYD Untuk Bateri Kereta Elektrik Yang Dibatalkan
Aman
Apple sedia membatalkan projek pembangunan kereta elektrik mereka tersendiri disebabkan pelbagai masalah teknikal dan cabaran lain. Namun, perkara berkenaan tidak menghentikan hadirnya pelbagai informasi lanjut berkenaan projek yang dibatalkan tersebut.
Terbaru, menurut Bloomberg, Apple sebelum ini telah bekerjasama dengan BYD untuk pembangunan bateri kereta menggunakan sel lithium iron phospate, sekitar tahun 2017 yang lepas. Langkah ini dijangka akan memberikan jarak perjalanan yang jauh, dan pada masa yang sama menawarkan keadaan bateri yang selamat untuk pemanduan.
Pihak BYD dan Apple tidak mengeluarkan sebarang komen berkaitan dengannya. Namun, BYD menekankan yang mana teknologi sistem Blade yang digunakan pada kenderaan BYD hari ini dibangunkan sepenuhnya oleh jurutera BYD, dan merupakan hak intelektual BYD.
Untuk Apple sendiri, pembelajaran teknikal berkaitan hal ini dikatakan telah mula diintegrasikan pada Apple Vision Pro, dan pelbagai produk mereka yang lain.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.