Harga Jualan iPad Air Dikemaskini – Murah RM400 Berbanding Harga Pelancaran 5 Bulan Lepas
Aman
Apple kini dilihat turut mengemaskini harga jualan iPad Air untuk pasaran tempatan. iPad Air telah diperkenalkan pada penghujung Mei 2024 lepas, pada harga bermula RM2999. Namun, melalui kemaskini harga terkini, ia memperlihatkan penurunan harga sebanyak RM400, membolehkan pengguna mendapatkan tablet berkenaan pada harga bermula RM2599.

Apple iPad Air baharu hadir dengan cip Apple M2, menawarkan kuasa dan prestasi 50% lebih pantas berbanding generasi sebelumnya. Ia turut ditawarkan dalam pilihan saiz 11-inci atau 13-inci.
Dengan perubahan harga ini, berikut merupakan harga jualan terkini iPad Air di Malaysia:
- iPad Air 11-inci 128GB – RM2599
- iPad Air 11-inci 256GB – RM2999
- iPad Air 11-inci 512GB – RM3899
- iPad Air 11-inci 1TB – RM4799
- iPad Air 13-inci 128GB – RM3499
- iPad Air 13-inci 256GB – RM3899
- iPad Air 13-inci 512GB – RM4799
- iPad Air 13-inci 1TB – RM5699
Selain versi WiFi ini, pengguna turut boleh mendapatkan versi selular pada harga tambahan, yang turut memperlihatkan penurunan harga berbanding sebelum ini.