Apple iPad Pro Dengan Cip M4 Menerima Potongan Harga, Kini Bermula RM4,499
Fahim Zahar
Apple iPad Pro adalah peranti Apple pertama yang dijana dengan cip Apple M4. Ia juga merupakan tablet pertama dunia dengan skrin dua lapis Tandem OLED, cip yang mampu menjalankan Apple Intelligence, menyokong Apple Pencil Pro dan hadir dengan sistem 12MP bersama-sama dengan sensor 3D ToF. Hari ini selepas lima bulan iPad Pro M4 dilancarkan, buat pertama kali ia menerima potongan harga rasmi.

iPad Pro dengan cip M4 yang dahulunya dilancarkan dengan harga bermula RM5,299 kini boleh didapatkan pada harga bermula RM4,499 untuk 11-inci. Sementara untuk 13-inci dari RM6,799 kini menjadi RM5,899. Untuk Apple Pencil Pro, stilus ini turut menerima potongan harga dari RM599 ke RM549. Apple tidak menjelaskan sebab apa penurunan harga ini berlaku, tetapi kebiasaannya adalah kerana mata wang kita yang semakin kukuh. Untuk naik taraf ke skrin nano-texture pula, Apple mengenakan caj tambahan RM400 dan kekal terhad untuk model 1TB dan 2TB sahaja.

Berikut adalah senarai harga baharu;
- iPad Pro 11″ WiFi (8/256GB) – RM4,499
- iPad Pro 11″ WiFi (8/512GB) – RM5,399
- iPad Pro 11″ WiFi (16/1000TB) – RM7,199
- iPad Pro 11″ WiFi (16/2000TB) – RM8,999
- iPad Pro 11″ 5G (8/256GB) – RM5,399
- iPad Pro 11″ 5G (8/512GB) – RM6,299
- iPad Pro 11″ 5G (16/1000TB) – RM8,099
- iPad Pro 11″ 5G (16/2000TB) – RM9,899
- iPad Pro 13″ WiFi (8/256GB) – RM5,899
- iPad Pro 13″ WiFi (8/512GB) – RM6,799
- iPad Pro 13″ WiFi (16/1000GB) – RM8,599
- iPad Pro 13″ WiFi (16/2000GB) – RM10,399
- iPad Pro 13″ 5G (8/256GB) – RM6,799
- iPad Pro 13″ 5G (8/512GB) – RM7,699
- iPad Pro 13″ 5G(16/1000GB) – RM9,499
- iPad Pro 13″ 5G (16/2000GB) – RM10,799