Samsung Menjadi Yang Pertama Dalam Industri Untuk Perkenal 24Gb GDDR7 DRAM
Aman
Samsung hari ini menjadi yang pertama dalam industri untuk memperkenalkan cip memori 24-gigabit GDDR7 DRAM, sekaligus menjadikan yang pertama menawarkan kapasiti tertinggi dalam industri, termasuk lebih laju untuk aplikasi generasi akan datang.

Dengan perkembangan arena pusat data dan juga peranti memfokuskan kecerdasan buatan, memori 24Gb GDDR7 ini dijangka akan memainkan peranan penting. Cip 24Gb GDDR7 ini dibangunkan menggunakan binaan 10-nanometer yang meningkatkan kadar kepadatan sel, serta menawarkan kadar penggunaan tenaga yang lebih efisien berbanding generasi sebelumnya. Ia juga kini menawarkan kadar kelajuan mencapai 40Gbps melaluinya.
Samsung menyatakan penggunaan memori ini melalui pelanggan GPU utama pada awal ini, dengan pengkomersilan dijangka berlaku pada awal tahun 2025 kelak.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.