Donald Trump kini sedang dalam proses bertanding untuk memenangi jawatan Presiden di Amerika Syarikat. Selari dengannya, Donal Trump telah berkongsi beberapa perkara melalui satu podsiar baru-baru ini, termasuk menyatakan CEO Apple, iaitu Tim Cook sedia melakukan panggilan khas kepada Donald Trump, dan mengadu beberapa perkara.
Salah satu perkara yang diadu adalah berkenaan dengan keputusan oleh Kesatuan Eropah terhadap Apple baru-baru ini, sekaligus dikenakan denda berbilion ringgit. Donlad Trump memberikan respon terhadap aduan Tim Cook berkenaan, menyatakan akan mengambil langkah selepas dilantik menjadi Presiden, dan tidak akan membenarkan Kesatuan Eropah mengambil peluang terhadap syarikat-syarikat di Amerika Syarikat.
Sebelum ini, Apple didenda di Kesatuan Eropah disebabkan beberapa perkara, termasuk tidak menawarkan persaingan sihat dalam arena penstriman muzik.