Pelanggan Netflix Meluangkan Masa Secara Purata Sekitar 2 Jam Setiap Hari
Aman
Netflix merupakan perkhidmatan penstriman video yang popular, dan mempunyai katalog kandungan yang agak besar berbanding perkhidmatan penstriman lain. Hari ini, pihak Netflix telah berkongsi penyata kewangan mereka yang terkini, dan pada masa yang sama memperlihatkan beberapa data berkaitan platform berkenaan.
Salah satunya adalah berkenaan dengan penggunaan platform tersebut oleh para pelanggan Netflix. Menurut Netflix, kini secara purata, setiap pelanggan berbayar meluangkan masa sekitar 2 jam setiap hari menonton rancangan. Ini sekaligus memperlihatkan angka penggunaan yang aktif berbanding pelbagai platform lain di pasaran.
Netflix sendiri mempunyai lebih 600 juta pelanggan seluruh dunia, dan meliputi pelbagai genre kandungan melaluinya. Netflix sendiri mempunyai sejumlah rancangan menarik, dan terus melabur pada rancangan eksklusif mereka menggunakan pelbagai data pada platform berkenaan.
Bagi anda sendiri, berapa lamakah anda meluangkan masa di Netflix setiap hari?
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.