Beberapa minggu lepas, Meta telah mengumumkan Movie Gen untuk menjana video berdasarkan prom teks atau imej dan juga menjana audio untuk latar belakang video. Untuk membantu mengembangkan lagi kemampuan Movie Gen, Meta telah bekerjasama dengan Blumhouse untuk bantuan dalam pembangunan.
Blumhouse bagi yang tidak tahu adalah studio produksi filem seram popular seperti francais Halloween, Get Out, M3GAN, The Vigil, Speak No Evil, The Black Phone dan banyak lagi. Untuk fasa awal, beberapa pencipta filem di bawah Blumhouse telah dipilih untuk menggunakan Movie Gen dalam pembikinan filem seram pendek masing-masing. Meta berkongsi yang semua pencipta filem ini memberitahu Movie Gen memang banyak membantu dari segi memberi inspirasi. Misalnya, Movie Gen boleh menjana suasana yang ingin dirakam untuk kru filem melihat bagaimana ingin dihasilkan secara nyata.

Sentuhan artis dan manusia masih diperlukan dengan Movie Gen oleh Meta ini adalah pembantu kepada pembikin filem di masa akan datang. Setakat ini pencipta filem yang terlibat adalah Aneesh Chaganty (Searching, Run), The Spurlock Sisters (The Breakline), dan Casey Affleck (I’m Still Here, Light of My Life). Tahun 2025 nanti, Meta akan membuka peluang kerjasama ini dengan lebih ramai pencipta filem lain, artis dan warga kreatif lain. Ini adalah strategi lebih kurang sama oleh OpenAI untuk Sora.