Honor mengumumkan tablet baharu Pad X8a di Malaysia. Ia merupakan tablet yang mengkhususkan kegunaan harian sesuai dengan spesifikasi disediakan. Ia juga boleh didapati dalam julat harga mampu milik bermula RM699 (Kids Edition WiFi) dan RM799 (LTE). Menariknya lagi apabila setiap pembelian model LTE didatangkan dengan Pad X8a Flip Cover dan rebat tunai RM50 secara percuma. Selain turut diberikan aksesori mesra kanak-kanak seperti Kids Protective Case dan Drawing Stick untuk model Kids Edition WiFi.
Honor Pad X8a menggunakan skrin TFT LCD 11-inci dengan resolusi 1920 X 1200 piksel. Ini dipadankan dengan cip Snapdragon 680, memori 8GB RAM, storan dalaman 64/128GB dan perisian terkini MagicOS 8.0 (Android 14). Selain itu mempunyai bateri 8300 mAh, kamera utama 5MP, kamera swafoto 5MP dan empat pembesar suara berteknologi HONOR Histen.
Perbezaan yang nyata diantara model LTE dan Kids Edition (WiFi) ialah gabungan fungsi yang mesra kanak-kanak. Misalnya seperti Doodle Mode dan Google Kids Space yang mampu menggalakkan pengalaman penggunaan serta pembelajaran yang selamat. Ini bertambah baik dengan adanya Drawing Stick untuk pengalaman melukis seakan menggunakan pensel sesuai untuk mereka yang suka bermain dengan idea. Paparan juga diberikan mod E-book untuk pembacaan yang lebih selesa.