LinkedIn Ingin Memfokuskan Promosi Artikel Berita Melalui Platform Mereka
Aman
LinkedIn kini dikatakan bekerjasama dengan sejumlah penerbit kandungan, dan ingin memfokuskan kepada mempromosi artikel berita melalui platform sosial mereka. Langkah ini sekaligus meletakkan LinkedIn memainkan langkah berbeza berbanding dengan Facebook yang mula mengurangkan paparan artikel berita.
Melalui ujian terbaru, LinkedIn mula memperlihatkan “News Banner” pada bahagian atas aplikasi, membolehkan pengguna mengakses pelbagai artikel dan berita terkini dengan mudah melaluinya. Ia tidak diketahui lagi sama ada ujian ini akan terhad kepada pasaran Amerika Syarikat sahaja atau pada peringkat global.
Dengan langkah ini, ia juga sesuai dengan sasaran media sosial memfokuskan golongan profesional untuk kekal mengikuti perkembangan semasa tanpa perlu meninggalkan platform tersebut.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.