Belanjawan 2025 memberikan peruntungan RM50 juta untuk meluaskan pendidikan berkaitan kecerdasan buatan (AI) ke semua universiti pendidikan. Ini ialah peningkatan berbanding RM20 juta tahun lalu. Universiti Malaya sebagai contoh akan menumpukan kajian menggunakan AI dalam perubatan bagi menentang penyakit maut seperti kanser misalnya.
Universiti Putra Malaysia pula akan menubuhkan Pusat Teknologi dan Pengurusan Kriptologi Malaysia dengan kerjasama NACSA bagi menyusul AI pengkomputeran kuantum sebagai persiapan berdepan dengan ancaman keselamatan siber.
Di samping itu Universiti Sains Malaysia menelusuri AI semikonduktor selari dengan aspirasi negara sebagai hub semikonduktor dunia menerusi kerjasama Intel dan Infineon. Selain itu Universiti Kebangsaan Malaysia menerajui penggunaan AI untuk melakukan alih bahasa dalam usaha mengangkat bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu.
Dana penyelidikan dan pembangunan (R&D) ditingkatkan kepada RM600 juta di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI). Akhir sekali Kumpulan Wang Amanah Malaysia Science Endowment (MSE) turut disediakan dana RM70 juta untuk menyediakan geran padanan untuk badan swasta dan industri memacu program R&D.