Belanjawan 2025 : Potongan Cukai Khas Untuk IPTS Yang Bangunkan Kursus AI, Robotik, IOT, Sains Data, Teknologi Kewangan
October 18, 2024
Kewangan
Aman
Pada Belanjawan 2025 hari ini, Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan mengumumkan potongan cukai khas kepada Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang membangunkan kursus baharu melibatkan arena teknologi digital, termasuk melibatkan kecerdasan buatan (AI), robotik, internet kebendaan (IoT), sains data, teknologi kewangan (Fintech) dan juga teknologi mampan.
Langkah ini adalah selari dengan usaha kerajaan untuk menyediakan pekerjaan berpendapatan tinggi kepada rakyat.
Selain untuk IPTS, kerajaan juga sedia memfokuskan pembangunan pelbagai kursus baharu selari permintaan pasaran melalui institusi pengajian tinggi awam.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.