Belanjawan 2025: RUU Kredit Pengguna Akan Dibentang Bagi Kawal Selia BNPL
Amy Maizuraa
Undang-undang kredit pengguna (RUU Kredit Pengguna) akan dibentangkan pada sidang Dewan Rakyat akan datang. Ia bertujuan untuk mengawal selia aktiviti dalam talian khususnya melibatkan perniagaan yang berurusan dengan pengantara kewangan. Seterusnya memastikan kestabilan dan pertumbuhan kewangan yang lebih baik. Perkara itu telah diumumkan dalam perbentangan belanjawan 2025 sebentar tadi.

Selain daripada itu, sebuah Lembaga Pemantauan Kredit Pengguna turut akan ditubuhkan bagi mengawal selia serta mengawasi penyedia kredit bukan bank. Ini termasuklah perkhidmatan Beli Sekarang Bayar Kemudian (BNPL) dalam memastikan mereka menjalankan tanggungjawabnya sebagai pihak yang bertanggungjawab demi kebaikan pengguna.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.