Belanjawan 2025: Prasarana Telah Memulakan Proses Perolehan Bas Elektrik Dan Gerabak Tren Penumpang
Nazrin
Salah satu penambahbaikan yang selalu diminta oleh rakyat Malaysia ialah untuk perkhidmatan pengangkutan awam, khususnya bas awam dan juga perkhidmatan KTM dan LRT.
Sewaktu pembentangan Belanjawan 2025, Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan bahawa Prasarana, syarikat pengendali perkhidmatan awam tempatan telah memulakan proses perolehan kenderaan pengangkutan awam, khususnya bas dan juga tren.

Beliau berkata bahawa pada tahun ini, Prasarana sudahpun memperoleh 250 bas elektrik untuk digunakan di seluruh negara yang akan dimanfaatkan kelak, dan sudah memulakan proses perolehan 12 gerabak tren untuk perkhidmatan KTMB. Nampaknya pada tahun hadapan juga, sebanyak 50 gerabak tren lagi akan diperoleh secara pajakan melalui kerjasama kerajaan Malaysia bersama-sama dengan negara China.
Penambahan capaian di sekitar Lembah Klang dengan menambahkan lorong bas khas di Jalan Ipoh, Jalan Cheras dan Jalan Gombak sepanjang 47 kilometer juga telah dirancang pada tahun hadapan.