Tesla Memperlihatkan Sistem Pengecasan Nirwayar Untuk Cybercab
Effi Saharudin
Minggu lalu Tesla telah memperlihatkan teksi swapandu Cybercab. Kenderaan baharu yang sedang dibangunkan oleh Tesla ini tidak memerlukan pemandu manusia, sekaligus membuatkan ia tidak dilengkapi dengan stereng atau pedal kawalan. Oleh sebab kenderaan ini tidak mempunyai pemandu, ia hanya boleh dicas menggunakan sistem pengecasan nirwayar – yang maklumat mengenainya tidak diumumkan ketika acara We Robot minggu lepas.

Terbaru, Tesla akhirnya memperlihatkan rekaan sistem pengecasan nirwayar ini. Ia adalah sebuah kotak berbentuk empat segi di permukaan jalan. Cybercab akan mengundur bagi meletakkan pengecas di atas plat aruhan pengecasan yang terletak di antara gandar tayar belakang.

Berdasarkan animasi yang dikongsi, turut didedahkan kapasiti bateri Cybercab ialah sekitar 40KWh yang membolehkan setiap teksi ini mempunyai jarak perjalanan sehingga 320 km dengan sekali cas penuh. Jarak perjalanan yang pendek, tetapi sekiranya ia hanya digunakan di dalam kawasan bandar untuk perjalanan pendek, ini bukanlah isu yang besar.