Belanjawan 2025: RM20 Juta Untuk Pembangunan Industri ESukan
October 18, 2024
e-Permainan
Amy Maizuraa
Kejayaan Selangor Red Giants (SRG) menjuarai kejohanan Mid-Season Cup Mobile Legend Bang Bang (MLBB) 2024 tempoh hari bukan sahaja mencipta sejarah buat pasukan Malaysia. Malahan membuka mata ramai pihak serta mampu mengubah persepsi ramai pihak terhadap dunia e-sukan.

Sehubungan itu kerajaan hari ini bersetuju menyediakan 20 juta ringgit dalam memperkasakan ekosistem e-sukan yang meliputi pembangunan bakat serta naik taraf arena e-sukan. Pengumuman ini boleh dianggap menarik memandangkan dana untuk pembangunakn esukan kini dikembalikan selepas disertakan bersama pembangunan permainan video dalam perbentangan belanjawan tahun lalu.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.