JPJ Kini Menawarkan Nombor Plat Istimewa Dibawah Siri MADANI
October 19, 2024
Automotif
Aman
Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia sedia menawarkan beberapa Nombor Pendaftaran Istimewa sebelum ini, dan hari ini turut meluncurkan pengenalan nombor plat dibawah siri MADANI. Dengan langkah ini, orang ramai boleh membida untuk nombor plat yang bermula dengan teks MADANI untuk kenderaan mereka.

Nombor plat dibawah siri MADANI ini boleh dibida bermula hari ini sehingga 23 Oktober 2024 melalui laman JPJeBID. Ia juga menawarkan harga bidaan minimum bermula RM100 untuk mereka yang berminat.
Bagi anda yang berminat, boleh lakukan bidaan untuk nombor plat yang diinginkan dibawah siri MADANI ini melalui laman JPJeBID.
