Casio GMC-B2100 Tersedia Di Malaysia Dengan Harga RM3,395
Amy Maizuraa
Casio telah menambah model baharu dalam barisan jam tangan logam mewahnya melalui pelancaran GMC-B2100 di Malaysia. Ia merupakan jam tangan analog yang mewarisi rekaan oktagon tradisional G-SHOCK dengan sentuhan elegan melalui binaan berasaskan logam penuh. Di samping mempunyai ciri tambahan Chronograph dengan keupayaan untuk mengukur masa dengan ketepatan lebih baik.

Tidak hanya tertumpu pada aspek rekaan semata tetapi GMC-B2100 juga dilengkapi sejumlah fungsi lain yang memudahkan aktiviti pengguna. Misalnya seperti Tough Solar berupa teknologi pengecasan yang menggunakan cahaya matahari atau sumber cahaya lain untuk menggantikan bateri. Selain itu fungsi Mobile Link pula membolehkan sambungan mudah ke telefon pintar dibuat bagi tujuan melaraskan ciri penting seperti menyegerakkan masa secara automatik.

Terdapat juga lampu Super Illuminator LED yang memudahkan penggunaan dalam kawasan gelap, di samping boleh boleh dibawa menyelam sehingga 20-meter. Bagi yang berminat, GMC-B2100 dijual pada harga RM3,395 dengan pilihan warna sama ada hitam atau biru.
[info] Beli – GMC-B2100D-1A | CASIO MALAYSIA [/info]