Meta AI Pada WhatsApp Akan Mengingati Butiran Peribadi Anda Untuk Cadangan Kandungan
Fahim Zahar
Meta AI adalah chatbot AI generatif Meta yang tersedia pada banyak platform seperti Facebook, WhatsApp dan Instagram. Meta AI turut akan hadir ke Malaysia tidak lama lagi selepas sekian lama ditawarkan ke negara-negara lain. Terbaru, satu ciri Meta AI di dalam WhatsApp telah didedahkan iaitu ia boleh mengingati butiran peribadi pengguna.

Jangan risau, ini adalah perkara yang baik (harapnya). Melalui ciri Memory, Meta AI akan mengingati beberapa perkara yang anda berikan. Misalnya adalah alergi makanan, personaliti diri dan lain-lain agar Meta AI boleh memberi maklum balas bersesuaian dengan setiap pengguna. Ciri ini mungkin turut menjadikan Meta AI unik untuk setiap pengguna. Berdasarkan tangkapan layar oleh WABetaInfo, ciri ini akan menggunakan model Llama 3.2.
Buat masa ini, ciri ini sudah pun tiba dalam versi Beta dalam Play Store tetapi ia belum diaktifkan lagi. Jika anda ingin alternatif kepada Google Gemini dan RCS, Meta AI dan WhatsApp adalah pilihan terbaik. Sama-sama kita nantikan.
[sumber] WABetaInfo [/info]