Oppo Reno12 F 5G Menawarkan Penuras Eksklusif Venom: The Last Dance
Amy Maizuraa
Bersempena dengan sekuel ketiga filem Venom: The Last Dance yang akan ke pawagam pada 24 Oktober nanti, Oppo dilihat menawarkan penuras eksklusif untuknya di dalam peranti tekini Reno12 F 5G. Ia merupakan kerjasama diantara Oppo dan Sony Pictures Malaysia dalam mempromosikan filem itu kepada penonton umum di Malaysia. Dalam masa sama menyerlahkan lagi keupayaan peranti Reno12 F 5G itu sendiri melalui fungsi lebih pelbagai.

Penuras ini boleh didapati melalui aplikasi AI Studio yang boleh mengubah gambar swafoto lebih menarik yang diilhamkan daripada kebolehan luar biasa Venom. Secara ringkasnya, pengguna hanya perlu memuat-naik gambar swafoto terbaik kemudian sistem AI akan mengubahnya secara automatik dalam beberapa saat. Sambungan internet diperlukan bagi tujuan tersebut dan gambar akhir boleh disimpan dengan mudah melalui butang Download disediakan.


Sementara itu, perlu juga dinyatakan bahawa proses log masuk akaun Oppo diperlukan bagi mengakses penuras ini. Di samping masih ada proses mudah lain perlu dilengkapkan bagi membolehkan pengguna menerima 5000 mata bagi menjana imej dengan penuras eksklusif ini. Lakukan semakan di peranti Reno12 F masing-masing hari ini juga bagi mencubanya.

Sambutan terhadap filem itu juga dilihat berbeza daripada kebiasaan apabila idea kreatif artis tempatan Arif Rafhan dalam menghasilkan rekaan batik inspirasi karakter ikonik Marvel, Venom turut mendapat perhatian umum. Selayaknya juga diberi pujian kerana dianggap sebagai pencapaian terbaik dalam menonjolkan keindahan seni warisan ke persada antarabangsa.