Kerajaan Amerika Syarikat Risau Akan Kebergantungan Ekonomi Terhadap Teknologi Bateri China
Aman
Kerajaan Amerika Syarikat kini menimbulkan kegusaran terhadap kebergantungan pelbagai syarikat pengeluar kenderaan elektrik terhadap teknologi bateri lithium yang diterajui China. Ia dikatakan terdapat risiko ekonomi terhadap Amerika Syarikat, apabila bergantung kepada China, termasuk akan menyukarkan pembangunan rantaian bekalan di Amerika Syarikat.
Melalui laporan pihak berkuasa Amerika Syarikat yang dilihat oleh Wired, ia dikatakan tiga syarikat China, CATL, BYD dan REPT telah menerima bantuan dalam pelbagai bentuk daripada China, untuk membangunkan perusahaan mereka untuk mendapatkan pegangan pasaran di Amerika Syarikat. Pihak CATL menolak dakwaan ini.
Seperti ramai sedia maklum, pada hari ini, industri storan tenaga dan bateri diterajui oleh CATL dan BYD, masing-masing dikatakan mempunyai pegangan pasaran sekitar 40% dan 12%. Selain bateri pada kereta elektrik, teknologi bateri China juga digunakan meluas tujuan untuk storan tenaga.
Beberapa penganalisa mengatakan langkah kerajaan Amerika Syarikat membantu industri bateri tempatan dipuji, tetapi ia masih sukar dalam bersaing dengan penawaran syarikat dari China dari segi kos. Disamping itu, ia turut dipercayai tiada sebarang insiden dimana data sistem pengurusan bateri ini dihantar ke China, atau boleh menganggu infrastruktur di Amerika Syarikat.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.