Snapdragon 8 Elite Akan Menerima Sokongan Lapan Versi Android
Effi Saharudin
Qualcomm akan menyokong cip Snapdragon 8 Elite selama lapan tahun iaitu tampalan sekuriti selama lapan tahun dan juga kemas kini lapan versi Android. Ini adalah kali pertama sokongan sepanjang ini diberikan oleh Qualcomm pada cip keluaran mereka. Sebelum ini pengeluar tidak boleh memberikan sokongan kemas kini lebih lama kerana Qualcomm tidak lagi memberikan sokongan pada cip yang sudah berusia.

Dengan pengumuman hari ini, besar kemungkinan peranti Android yang akan dilancarkan dalam bulan mendatang kelak akan turut menerima sokongan kemas kini sistem operasi selama lapan tahun. Pada waktu ini hanya Samsung dan Google sahaja memberikan sokongan kemas kini selama tujuh tahun sahaja. Diharap tahun depan lebih banyak pengeluar peranti Android akan dapat memberikan kemas kini untuk tempoh masa yang lebih panjang.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.