Vivo V40 Lite 5G Dilancarkan Di Malaysia Dengan Harga Bermula RM1,299
Amy Maizuraa
Vivo telah menambah sebuah lagi model baharu dalam siri V40 di Malaysia. Peranti yang dikenali sebagai V40 Lite itu dipasarkan dalam segmen kelas pertengahan. Dalam pada itu menawarkan rangkaian 5G terbina melalui sokongan cip Snapdragon 4 Gen 2.



Vivo V40 Lite dilengkapi skrin AMOLED FHD+ (1200nits) 6.67-inci dengan kadar segar semula 120Hz. Ini dipadankan dengan cip Snapdragon 4 Gen 2, memori sehingga 12GB RAM LPDDR4X, storan dalaman 512GB UFS 2.2 dan perisian Funtouch OS 14 (Android 14). Bateri 5,000mAh digunakan boleh dicas semula melalui pengecasan pantas 80W dan port USB-C.



Sistem kamera terdiri dengan 50MP (Sony IMX882) + 8MP di bahagian belakang dan kamera swafoto sebesar 32MP. Masih terdapat ciri Aura Light diberikan bagi tujuan imej potrait lebih jelas dan semula jadi dalam pencahayaan malap. Lain-lain ciri yang boleh ditemui adalah kalis air IP64, pengimbas cap jari di skrin, bluetooth 5.0 dan NFC.


Harga jualan di Malaysia bermula RM1,299 (12/256GB) dan RM1,499 (12/512GB). Sesi pratempah dibuka sekarang hingga 25 Oktober 2024 dengan hadiah menarik bernilai RM995. Ia termasuk fon telinga nirwayar dan jaminan waranti tambahan untuk bateri serta skrin selama 4 tahun.

