Cip Pemprosesan Grafik Intel Arc 140T Tertiris – Prestasi Awal Jauh Lebih Hebat Berbanding Arc 140V
Nazrin
Pelancaran siri cip pemprosesan Intel Lunar Lake turut memperihatkan cip grafik Intel Arc 140V yang tampil dengan prestasi multimedia dan gaming yang cukup hebat untuk kategorinya. Hadir dengan pilihan memori 16GB dan 8GB bergantung kepada model cip pemprosesan yang digunakan, komputer riba nipis dan ringan kini juga boleh digunakan untuk memainkan permainan-permainan komputer pada tetapan tertentu.
Terkini, nampaknya sebuah lagi cip pemprosesan grafik telah diperlihatkan, dan ia dinamakan Intel Arc 140T.

Memandangkan nama cip grafik ini menyerupai apa yang digunakan pada cip pemprosesan Intel Lunar Lake, ia boleh dikatakan bahawa Intel Arc 140T ini dibina berasaskan cip pemproses grafik Intel Xe2. Jangkaan awal nampaknya bahawa ia akan digunakan pada cip pemprosesan Intel Arrow Lake-H, ataupun siri cip pemprosesan komputer riba berkuasa tinggi.
Apa yang menarik, selain daripada prestasinya yang dilihat jauh meninggalkan cip Intel Arc 140V ialah nampaknya hanya siri cip pemprosesan komputer riba yang akan menggunakan cip grafik terbaru, khususnya apabila kita sudahpun tahu bahawa siri cip Intel Arrow Lake-S untuk komputer desktop menggunakan cip grafik daripada siri Intel Xe sebelum ini.
Siri cip pemprosesan Intel Arrow Lake-H untuk komputer riba dijangka akan diperkenalkan pada awal tahun hadapan, dan akan memperlihatkan sejumlah komputer riba gaming berkuasa yang akan menggunakannya.