Digital Nasional Berhad (DNB) Melantik CEO Baharu, Azman Ismail
Aman
Digital Nasional Berhad (DNB) yang menyediakan perkhidmatan infrastruktur rangkaian 5G kepada syarikat telekomunikasi, kini mengumumkan pelantikkan Ketua Pegawai Eksekutif baharu, berkuat-kuasa 23 Oktober 2024.
Melalui pelantikkan baharu ini, Datuk Azman Ismail yang merupakan bekas CEO Plus Malaysia Berhad akan menerajui dan mengetuai DNB ke fasa seterusnya.

DNB kini telah meliputi lebih 80% kawasan berpenduduk di Malaysia dengan rangkaian 5G, dan pelbagai syarikat telekomunikasi kini bergantung kepada DNB dalam menyediakan perkhidmatan 5G kepada pelanggan. Bergerak kehadapan, dengan tertubuhnya penyedia rangkaian kedua, maka akan berlaku perubahan pada beberapa perkara, termasuk struktur syarikat dan sebagainya.
Sama-sama kita nantikan perkembangan DNB dibawah tampuk pengurusan baharu Datuk Azman Ismail.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.