Anda Akhirnya Boleh Log Masuk Ke Google Find My Device Dengan Imbasan Biometri
Fahim Zahar
Google Find My Device adalah aplikasi untuk mencari peranti-peranti berasaskan Android anda dengan Google Play Services yang menggunakan akaun Google yang sama. Ia baru sahaja dikemaskini untuk mempunyai sokongan mirip Apple Find My, di mana peranti pengguna lain boleh menjadi nod carian. Terbaru, aplikasi Find My Device untuk Android telah dikemaskini dengan ciri sekuriti baharu.

Akhirnya, buat pertama kali aplikasi Find My Device ini membenarkan pengguna log masuk dengan imbasan biometri. Kebanyakan peranti Android boleh menggunakan imbasan cap jari, sementara pada peranti Google Pixel akan ada sokongan imbasan wajah. Di dalam tetapan aplikasi, anda turut boleh memilih untuk sentiasa memerlukan pengesahan identiti setiap kali aplikasi dibuka.
Dengan ciri ini mula diperkenalkan, saya amat menggalakkan anda mengaktifkannya sebagai perlindungan untuk diri sendiri. Jika satu peranti anda telah dicuri, pencuri tidak lagi boleh menjejak peranti anda yang lain.