Apple Dilaporkan Sedang Bangunkan Gedung Aplikasi Khusus Untuk Permua
Aman
Apple kini dilaporkan sedang bangunkan sebuah gedung aplikasi khusus untuk permainan mudah-alih (permua), sekaligus memberikan pilihan berasingan kepada mereka yang hanya ingin melihat kepada permainan video baharu sahaja untuk dimainkan pada iPhone mereka.

Gedung aplikasi baharu ini dijangka akan membawa gabungan kepada App Store dan Game Center dalam satu aplikasi, selain bukan sahaja menyenaraikan permainan Apple Arcade, tetapi juga permainan lain daripada App Store sedia ada.
Disamping itu, aplikasi sama turut dijangka menawarkan informasi lanjut berkaitan dunia permainan video, selain mungkin membolehkan pengguna berinteraksi antara satu sama lain mealluinya.
Apple dijangka mungkin akan memperkenalkan ciri baharu ini seawal tahun hadapan, 2025.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.