HarmonyOS Kini Menguasakan Lebih 1 Bilion Peranti Seluruh Dunia
Aman
Bersama-sama pengenalan sistem operasi HarmonyOS yang baharu yang bebas daripada Android, kini Huawei turut berkongsi menyatakan sistem operasi yang dibangunkan oleh mereka kini menguasakan lebih 1 bilion peranti seluruh dunia.

HarmonyOS bukan digunakan di telefon pintar sahaja, tetapi turut digunakan di tablet, sistem inforia kenderaan, televisyen pintar, jam tangan, dan pelbagai variasi peranti lain. Ini sekaligus membuatkan HarmonyOS mesra untuk digunakan pada pelbagai jenis dan saiz peranti.
Pada hari ini, lebih 10,000 aplikasi ditawarkan untuk sistem operasi Harmony, dan dengan langkah Huawei beralih bebas daripada Android, kita mungkin melihat lebih banyak aplikasi natif dibangunkan untuk sistem operasi berkenaan.
Sebelum ini, Huawei telah memulakan pembangunan sistem operasi secara kendiri selepas dikenakan halangan dagangan oleh Amerika Syarikat yang memberikan impak kepada perniagaan mereka. Sejak daripada itu, Huawei dilihat mengambil langkah untuk kurangkan kebergantungan kepada teknologi barat, sekaligus mula membangunkan sistem operasi mereka tersendiri, Harmony OS.