Carian
Threads Kini Menawarkan Kebolehan Menganalisa Capaian Kandungan
October 23, 2024 Amy Maizuraa

Threads dilihat semakin mendapat perhatian seiring dengan tujuan utamanya dalam membentuk platform atas talian yang multifungsi. Ada yang berkongsi minat dan aktiviti harian, dan tidak kurang juga yang mencari kenalan baharu dalam kalangan pengguna Threads tanpa mengira lokasi.

Contoh antaramuka Insights

Dalam memastikan penggunaan aplikasi yang semakin baik, Threads kini membolehkan pengguna memantau capaian kandungan yang dikongsi. Ciri yang dikenali sebagai Insights itu boleh digunakan untuk menganalisis potensi semasa kandungan. Kemudian mengenal pasti konteks tertentu untuk memenuhi keperluan khalayak sasaran. Spesifiknya pengguna bukan sahaja boleh mengenalpasti kriteria-kriteria kandungan yang menarik. Malahan bantu meningkatkan penglibatan pengguna lain untuk mencipta pengalaman interaksi yang menarik.

Ciri ini boleh diakses melalui antaramuka utama aplikasi. Kemudian pemilik akaun boleh memilih julat tarikh sama ada secara harian, mingguan atau bulanan untuk melihat analisis data masing-masing. Hasilnya juga adalah bergantung pada demografi pengikut seperti lokasi, umur dan jantina.

Komen