Grab Akan Bangunkan Aplikasi Untuk HarmonyOS Next
Aman
Huawei hari ini telah memperkenalkan sistem operasi HarmonyOS Next yang bebas daripada penggunaan Android sepenuhnya, sekaligus memerlukan pelbagai pembangun membangunkan aplikasi yang dioptimasikan untuk platform tersebut. Selari dengan pengenalan sistem operasi berkenaan, Huawei turut mengumumkan sejumlah rakan kerjasama yang akan membangunkan aplikasi khusus untuk platform mereka.

Turut tidak ketinggalan adalah Grab yang akan membangunkan aplikasi mereka untuk platform HarmonyOS Next. Seperti semua sedia maklum, Grab sangat popular di rantau Asia Tenggara, dan semestinya ia merupakan antara aplikasi yang diperlukan sekiranya Huawei ingin memperluaskan HarmonyOS Next ke pasaran Asia Tenggara.
Selain Grab, antara jenama lain yang turut telah menyatakan komitmen adalah Emirates Airlines.
Pada hari ini, HamronyOS mempunyai 15,000 aplikasi, dan majoritinya adalah untuk pengguna di China.