Sony dan Honda sedia membentuk syarikat usahasama seeblum ini, dan sedang membangunkan kereta elektrik mereka tersendiri, dibawah jenama Afeela. Kereta elektrik pertama berkenaan dijangka ditawarkan di Jepun seawal 2026 kelak, iaitu sekitar dua tahun lagi.
Melalui kenderaan elektrik berkenaan, ia dijangka memberikan pengalaman dalam kenderaan yang baik melalui integrasi pelbagai teknologi dan kelebihan Sony. Tidak setakat itu, kini ia turut dikongsikan Sony dan Honda akan menggunakan kecerdasan buatan dalam menambah-baik keupayaan swapandu pada kenderaan elektrik mereka.
Ketika pengenalan, kereta berkenaan dijangka menawarkan swapandu tahap 3, tetapi sistem operasi berkenaan akan terus menggunakan kecerdasan buatan dalam menambah-baik fungsi swapandu, dan menawarkan kemaskini sekali atau dua kali setahun.
Ia dikatakan pada hari ini sistem swapandu menggunakan sensor dan kamera dalam mengenal-pasti objek, serta mengawal pemanduan. Namun, dengan integrasi kecerdasan buatan, ia akan menambah-baik dan mempercepatkan penambah-baikkan, melalui pembelajaran berterusan daripada data pemanduan pengguna.
Selain Sony dan Honda ini, pihak BYD juga turut bekerjasama dengan pihak Huawei untuk penawaran lebih kurang sama, dan dijangka memperkenalkan ia pada penghujung tahun ini.