Oppo Umum Kerjasama Dengan Pengeluar Kereta Elektrik, BYD
Aman
Oppo kini mengumumkan kerjasama dengan pengeluar kereta terkemuka dari China, BYD, dimana kedua-dua syarikat akan mengintegrasikan teknologi untuk penggunaan para pelanggan kedua-dua syarikat.
Melalui kerjasama ini, para pengguna telefon pintar Oppo kelak boleh nyah-kunci dan juga mengawal kenderaan BYD terus meallui telefon pintar mereka. Buat masa ini, ciri ini akan hadir melalui Oppo Find X8 terbaru, yang membolehkan pengguna mengawal kereta sedan BYD Tengshi Z9 GT.
Dengan langkah ini, ia memberikan lebih kelebihan kepada Oppo, terutamanya dalam kalangan para peminat kereta elektrik BYD. Buat masa ini, ia tidak diketahui sama ada kerjasama ini terhad di China sahaja, atau turut meliputi pasaran global.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.