Max Akan Ditawarkan Pada Harga Langganan Bermula RM34.90 Sebulan
Aman
Max merupakan perkhidmatan penstriman baharu yang akan menggantikan HBO Go, serta membawakan sejumlah kandungan tambahan, termasuk video pada resolusi lebih tinggi. Max bakal ditawarkan untuk pengguna tempatan bermula 19 November 2024 kelak.
Selari dengannya, kini Max turut telah memperlihatkan harga langganan perkhidmatan berkenaan, bermula RM34.90 sebulan untuk resolusi HD penuh dan had 2 peranti pada sesuatu masa. Disamping itu, pelan RM52.90 sebulan turut ditawarkan dengan had penstriman 4 peranti pada resolusi 4K.
Selain pelan bulanan, Max turut menawarkan pelan langganan tahunan, masing-masing pada harga RM279.90 setahun dan RM424.90 setahun – dimana ia menawarkan diskaun sehingga 33%.


Bagi pengguna pelan HBO Go sedia ada, anda akan ditukarkan secara automatik ke pelan Max selepas 19 November 2024.
Jadi, pada harga langganan RM34.90 sebulan, adakah anda akan turut melanggan Max?