Minggu ini, JBL Rewind Revolution Roadshow dianjurkan di Mid Valley Mega Mall. Sempena jerayawara ini beberapa produk baharu telah dilancarkan antaranya adalah siri JBL PartyLight dan juga JBL Tour Pro 3. Menariknya, kesemua produk baharu ini menyokong sambungan Auracast.
JBL PartyLight
Dua lampu diperkenalkan iaitu JBL PartyLight Beam dan JBL PartyLight Stick. PartyLight Beam adalah sistem lampu kinetik kompak yang boleh diubah sudut pancaran cahayanya. Sementara PartyLight Stick adalah lampu 360 darjah yang sepanjang 1 meter dengan bateri 8 jam. Kedua-dua lampu ini menyokong sambungan Auracast yang boleh dipadankan dengan speaker JBL PartyBox dengan satu butang sahaja agar lampu pada setiap produk boleh bergerak serentak.
Pada setiap lampu, turut terdapat mikrofon terbina untuk mendengar bunyi suasana agar salah satu mod pencahayaan yang ditawarkan boleh bergerak mengikut rentak. Walaupun begitu, fokus utama JBL PartyLight ini adalah untuk memeriahkan lagi suasana mendengar muzik berbanding sistem lampu lain yang dinamik untuk menonton filem atau bermain permainan video.
Menurut JBL, PartyLight ini boleh digunakan bersama-sama dengan speaker JBL Partybox Club 120 dan JBL PartyBox Stage 320. Ia adalah speaker dengan sokongan mikrofon seakan Sony ULT Tower 10 tetapi mempunyai bateri terbina dan juga sokongan Auracast. Setiap produk ini boleh dikawal dengan aplikasi JBL One dan juga JBL PartyBox.
Harga jualan bagi siri JBL PartyLight adalah seperti berikut;
- JBL PartyLight Beam, RM739.
- JBL PartyLight Stick, RM569.
Bagi yang berminat dengan JBL PartyLight, anda boleh dapatkan tawaran istimewa sempena jerayawara JBL Rewind Revolution Roadshow di East Entrance Atrium di Mid Valley Mega Mall. Ia akan tamat pada 27 Oktober dan jika anda sempat, beberapa produk terpilih yang dibeli akan menerima satu speaker JBL Go 3 percuma.