Grab, syarikat seru-pandu terkemuka di rantau Asia Tenggara, kini memaklumkan para pekerja mereka untuk bekerja di pejabat lima hari seminggu, berkuat-kuasa 2 Disember 2024. Langkah ini dilihat selari pelbagai syarikat teknologi lain yang turut telah menguat-kuasakan kerja dari pejabat.
Melalui emel yang dihantar CEO Grab, ia dimaklumkan bekerja dan berkolaborasi antara satu sama lain secara bersemuka mempercepatkan lagi pembangunan, disamping pada masa yang sama menambah-baik integrasi dalam ekosistem dan bahagian perniagaan berbeza.
Kembali ke pejabat sepenuhnya juga membolehkan mereka bergerak lebih pantas dalam mencapai misi dan sasaran.
Grab memberikan tempoh lebih sebulan dalam membolehkan para pekerja sedia ada untuk menyesuaikan urusan, termasuk seperti jagaan anak dan sebagainya, sebelum kembali sepenuhnya bermula 2 Disember 2024.