Carian
Tecno Camon 30S Rasmi Di Malaysia Dengan Cip Helio G100 Dan Berharga RM749
October 25, 2024 Amy Maizuraa

Tecno telah melancarkan Camon 30S di Malaysia dengan harga jualan RM749 sebuah.Namun masih boleh dimiliki pada harga promosi serendah RM627 untuk masa terhad. Ia menawarkan spesifikasi pertengahan melalui cip Mediatek Helio G100 yang bermakna sekadar menyokong rangkaian LTE. Berikut dikongsikan spesifikasi penuh peranti baharu Tecno ini.

Skrin melengkung AMOLED 6.78″digunakan dengan resolusi FHD+ dan kadar segar semula 120Hz. Ini dipadankan dengan cip Mediatek Helio G100 bersama memori 8GB RAM dan storan dalaman 128GB. Bateri pula sebesar 5,000mAh menyokong pengecasan 33W melalui port USB-C. Tecno melengkapkan lagi peranti dengan kamera utama 50MP (lebar) (OIS) + 2MP (kedalaman) dan kamera swafoto 13MP. Selain itu mempunyai kalis air IP53, pembesar suara stereo (Dolby Atmos), NFC dan pengimbas cap jari di skrin.

Komen