Kamera Snapchat Kini Boleh Diakses Melalui Camera Control iPhone 16
Amy Maizuraa
Seperkara yang menarik perhatian sewaktu pelancaran siri iPhone 16 baharu ialah ciri Camera Control yang menyediakan akses terus ke aplikasi kamera peranti. Saban hari terdapat penambahbaikan dilakukan bagi memantapkan lagi penggunaannya.

Misalnya seperti kamera Snapchat yang kini boleh diakses secara terus melalui fungsi itu menggunakan kawalan gesture. Secara tidak langsung bantu memudahkan proses membuka kamera aplikasi itu dalam masa yang singkat. Di samping menyediakan kepelbagaian fungsi untuk menjadikan Camera Control lebih menarik untuk digunakan.

Dalam pada itu, pengguna kini turut boleh menggantikan fungsi lampu suluh di skrin utama dengan kamera aplikasi Snapchat. Sebaik sahaja imej atau video selesa dirakam pengguna perlu menyahkunci peranti bagi tujuan perkongsian. Semak peranti masing-masing bagi melihat pembaharuan yang ditawarkan ini.