Carian
LinkedIn Mempunyai Lebih 55 Juta Pengguna Yang Disahkan – Paling Tinggi Berbanding Media Sosial Lain
October 25, 2024 Aman

LinkedIn yang dimiliki oleh Microsoft, kini berkongsi mengatakan mereka mempunyai lebih 55 juta pengguna yang telah mengesahkan identiti pada platform berkenaan, mengatakan ia adalah media sosial paling tinggi mempunyai identiti manusia yang disahkan, berbanding penyedia perkhidmatan lain.

LinkedIn menawarkan ciri pengesahan identiti secara percuma, dan seterusnya memperlihatkan tanda calit biru pada profil mereka. Penawaran ini dijangka akan dapat mengurangkan penyebaran informasi palsu atau tipu, apatah lagi dengan meningkatnya penggunaan kecerdasan buatan janaan.

Pada masa yang sama, LinkedIn sendiri meletakkan sasaran untuk mencapai 100 juta pengguna yang disahkan menjelang 2025 kelak.

Selain pengesahan untuk pengguna individu, mereka juga turut melakukan pengesahan halaman syarikat. Pihak LinkedIn mempunyai beberapa rakan kerjasama dalam mengesahkan identiti pengguna menggunakan pengenalan kerajaan sesuatu negara.

Bagi anda sendiri, adakah anda mengesahkan identiti di LinkedIn?

Komen