OpenAI, Microsoft Dan X Dilaporkan Pernah Cuba Untuk Beli Perplexity
Aman
Perplexity merupakan salah satu platform carian yang dikuaskaan oleh kecerdasan buatan janaan. Terbaru, Perplexity mengatakan mempunyai lebih 100 juta carian pada setiap minggu, sekaligus memperlihatkan ramai yang telah mula menggunakan sokongan carian pada platform tersebut.
Tidak setakat itu, terbaru ia dilaporkan pada 2023 yang lepas, beberapa syarikat pernah cuba untuk membeli Perplexity. Ini termasuk nama besar seperti Microsoft, X (yang dulunya dikenali sebagai Twitter), Notion, dan juga OpenAI yang membangunkan ChatGPT. Ia dikatakan nilai yang ditawarkan ketika itu mencapai sehingga $200 juta.
Walaubagainanapun, setakat ini, tiada sebarang pembelian yang berlaku. Perplexity dilihat kebelakangan ini sering dikritik kerana menggunakan kandungan pihak lain tanpa kebenaran dan tanpa melesekannya. Pada masa yang sama, Perplexity turut dikatakan sedang dalam proses untuk meraih dana baharu dalam memastikan kelangsungan syarikat mereka.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.