Google Pixel Kini Menyokong Google Cast Melalui Sambungan UWB
Fahim Zahar
UWB adalah ciri sambungan yang paling menarik kerana ia pantas mengenalpasti aksesori dan turut menyokong ciri carian yang sangat jitu. Baru-baru ini, Google memperkenalkan ciri UWB baharu untuk peranti Google Pixel yang boleh memanfaatkan Google Cast dengan cara penggunaan lebih menarik.

Ciri ini dinamakan Hold close to cast, di mana pengguna boleh mendekatkan telefon Pixel kepada Pixel Tablet yang disambungkan kepada dermaganya. Ciri ini dilihat disokong dengan aplikasi YouTube Music di mana peranti perlu dinyahkunci tetapi aplikasi tidak perlu dibuka. Selepas fon Pixel didekatkan dengan Pixel Tablet, notifikasi akan dipaparkan untuk memainkan muzik terus pada tablet.

Buat masa ini penggunaannya masih terhad untuk peranti Pixel dan Pixel Tablet. Sementara akan datang sokongan akan diedarkan kepada peranti Android lain. Tidak pasti jika akan di masa hadapan Google akan mengembangkan Hold close to cast ke televisyen atau peranti lain pula. Mana tahu boleh menjadi alternatif kepada Spotify Connect atau AirPlay yang lebih universal?
[sumber] 9to5Google [/sumber]