Kerajaan Beri Tol Percuma Dua Hari Bersempena Hari Deepavali – 29 Dan 30 Oktober 2024
Aman
Kerajaan hari ini mengumumkan pemberian tol percuma selama dua hari bersempena dengan Hari Deepavali 2024, iaitu pada 29 dan 30 Oktober 2024. Pemberian tol pecuma ini akan dilaksanakan di semua lebuh raya bermula jam 12.01 tengah malam, 29 Oktober 2024 (Selasa), sehingga jam 11.59 malam, 30 Oktober (Rabu).
Seperti biasa, pengguna lebuhraya masih perlu melalui palang tol dan menyentuh kad atau melalui SmartTAG atau RFID, namun tiada sebarang caj akan dikenakan. Pengecualian tol ini diberikan kepada semua kenderaan Kelas 1 sahaja, dan tidak tertakluk kepada plaza tol di sempadan negara.
Kerajaan mengatakan akan menanggung kos sebanyak RM38 juta untuk penawaran tol percuma selama dua hari ini, dan pampasan akan dibayar kepada semua syarikat konsesi tol yang terlibat.

Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.