Etiqa Kini Memudahkan Anda Semak Risiko Banjir Di Sesuatu Kawasan
Aman
Etiqa, salah satu penyedia perkhidmatan insurans dan takaful, kini hadir dengan penawaran peta interaktif, yang memudahkan para pengguna dalam menyemak dan memahami risiko banjir di sesuatu kawasan.

Melalui peta interaktif berkenaan, anda hanya perlu memasukkan lokasi, dan seterusnya boleh melihat kadar taburan banjir, selain kes banjir yang pernah berlaku. Namun, mengikut data yang dipaparkan, ia hanya mengambil kira antara tahun 2020 ke tahun 2022 sahaja.
Penawaran ini dijangka membantu orang ramai lebih memahami sesuatu kawasan, dan bersedia dengan perlindungan untuk kenderaan mereka supaya tidak terjejas dan terkesan disebabkan banjir.
Bagi anda yang berminat, boleh melakukan semakan pantas berkenaan risiko banjir melalui laman sehenti di Etiqa. Selain di laman Etiqa, anda juga boleh mendapatkan maklumat berkenaan taburan dan berkaitan di laman Public Info Banjir.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.