Sony kini hadir dengan promosi khusus bersempena bulan November, menawarkan diskaun untuk pelbagai produk PlayStation mereka. Menjadi fokus utama adalah konsol PlayStation 5 yang ditawarkan pada harga RM2149, sementara PlayStation 5 versi digital ditawarkan pada harga RM1709.
Disamping itu, Sony juga menawarkan PlayStation VR2 pada harga RM1859, dan alat kawalan DualSense pada harga RM309.
Sony menawarkan promosi ini antara 1 November 2024 sehingga 14 November 2024, melalui sejumlah peruncit terpilih. Bagi anda yang berhasrat untuk mendapatkan konsol berkenaan, mungkin boleh menyemak penawaran ini, yang sedikit murah berbanding promosi Merdeka sebelum ini.