Xiaomi Bakal Berkongsi Lanjut Berkenaan Kereta Berprestasi Tinggi Pada Minggu Ini – Xiaomi SU7 Ultra
Aman
Xiaomi sedia menjual kereta elektrik mereka, Xiaomi SU7 di China. Disamping penawaran kereta elektrik berkenaan, pengeluar peranti popular tersebut turut telah memperlihatkan secara ringkas kereta berprestasi tinggi mereka sebelum ini, dinamakan Xiaomi SU7 Ultra.

Terbaru, Lei Jun, CEO Xiaomi berkongsi mengatakan mereka akan berkongsi lanjut berkenaan dengan kereta berprestasi tinggi mereka secara rasminya pada minggu ini, 29 Oktober. Xiaomi dijangka menyentuh mengenai prestasi, teknologi terkini, serta pengalaman pemandu yang dibawakan oleh kenderaan tersebut – yang turut sesuai untuk kegunaan harian.
Seperti biasa, sama-sama kita nantikan esok untuk mendengar lanjut secara terus daripada Xiaomi berkenaan hal ini.